Assalamualaikum
Zaman sekarang kita tidak boleh lari daripada dilabel oleh orang lain
(bajet sempurna la tu nak mengata orang..hakttuiiiii :p ) pakai tu
salah..pakai ni salah..buat tu salah..buat ni salah..tak buat apa2 lagi
la salah..susahnya manusia..hidup zaman moden tapi perangai seumpamanya
belum lagi bertamadun..pelik bukan..apatah lagi bila perempuan..semua la
salah..semua nak dicakap oleh orang..melabel..melabel..huhuhu
Antara label2 yang dikategorikan agak kejam dihati..contohnya, bila
pakai makeup sikit, orang cakap kita ni fake..tak tunjuk diri
sebenar..bila kita cakap apa yang benar difikiran kita, orang cakap kita
ni perempuan tak sedar diri..bila kita menangis, kita cengeng..drama
queen. Bila kita ada kawan lelaki ramai2, kita perempuan murahan..bila
kita memperjuangkan hak sendiri, kita banyak mulut. bila kita jadi diri
sendiri, kita poyo, eksen, membangga2 diri..jadi macam mana lagi untuk
puaskan hati orang? untuk tutup mulut orang? yang deritanya kita..fikir
macamana supaya kita ni tidak menjadi bahan 'labelan' orang lain.kadang2
terfikir juga, apa hasil yang diorang dapat? dapat duit ka? kalau
betul, mau jugakkk..haha
Sebenarnya, mudah saja..PERSETANKAN semua mulut2 yang mengata
itu..kerana mulut2 itu tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka
katakan untuk menjatuhkan orang lain..Kita akan selalu menemui kegagalan
jika selalu mencari2 cara untuk puaskan hati semua orang..hati kita
siapa mau puaskan? bukan mudah untuk puaskan hati semua orang, jadi
kenapa perlu bersusah..biarkan saja mereka dengan duniawi mereka..yang
penting apa yang kita lakukan tidak melebihi batasnya, tidak melanggar
hukum dan ajaran agama..
SO, KEPADA SEMUA MANUSIA YANG SERING MELABEL ORANG LAIN, GO AHEAD AND
LABEL US!! WE DON'T CARE ANYMORE CAUSE WE ARE DAMN PROUD OF OURSELVES :)
fikir dulu sebelum cakap..pandang diri sendiri atas bawah, sudah cukup
perfect ka untuk mengata tentang orang lain..kejentikan kemindaan~
No comments:
Post a Comment