Saturday 3 December 2016

Assalamualaikum

looking for hope

Sedar atau tidak, dalam kehidupan kita, ada satu ketika kita mengharap cinta yang tak pasti. Datang dan pergi sesuka hati. Masa bersama, mengunung bicara. Susah senang, sihat sakit bersama. Through up n down. Through high n low la orang putih cakap...huhuhu..tapi lama kelamaan kau akan sedar, dia tak mungkin ada untuk kamu setiap masa. Dan disaat kau perlu sokongan dan semangat. Bila diulas, jawabnya mudah. Komitmen.

Ya faham. Tapi komitmen bukan jawapan sebenarnya. Bagi aku jawapan yg sesuai. Priority. Dimana letak priority kita pada saat itu. adil dan saksama kau bicarakan? Mana keadilannya? Mana prioritynya? Saat sudah tidak bernafas didunia? Baru terkapai2 mencari? Baru menyesal? Adat manusia..sudah terjatuh baru terngadah..

Hargai apa yang ada. Saat kau kehilangan sakitnya sukar kau telan.
#jentikminda


Tuesday 25 October 2016

Cinta insan

Assalamualaikum

Cinta.

Benar, zaman kini ramai yang mengimpikan cinta sesuweet cinta drama surihatimrpilot, seindah cinta dalam filem korea. siapa yang tak nak. cinta sesama insan, ingin berkongsi hidup, berkongsi suka duka, berkongsi segalanya. Namun bukan sepanjang jalan cinta itu indah, sedangkan hujan ribut pun akan datang dalam hari-hari kita yang selalunya matahari menjadi peneman. okay apa aku merepek ni??? tapi..faham ka apa yang aku cuba sampaikan?

Aku selalu nasihatkan orang, jangan cintai seseorang itu 100% atau lebih. bila kehilangannya rasa sakit yang teramat amat amat sangat. Aku kalah dengan kenyataan aku sendiri. Malangnya. Aku cintai seseorang melebihi dari segalanya dalam hidup aku. Dialah penyembuh dikala duka. Semangat dikala aku rasa mengalah. Senyuman dikala kemurungan. Dialah Crazy bestfriend. Dialah Soulmate. Begitu besar padaku, kewujudannya dalam hidup. dan aku seakan merasa sedikit demi sedikit kehilangannya. semakin lama semakin jauh. dan aku jatuh tersungkur, patah kaki nda boleh bangun.

Apa yang harus aku lakukan? lupakan dia?

Benar kata orang, cintai manusia tiada yang kekal, cinta pada Allah, cinta paling agung.

Hanya dari paras rupa

Assalamualaikum...

Haa..siapa tau bait2 lagu saleem, menyayangimu "
Bukan kerana paras dan rupa..menyayangimu sepenuh hati..bukan kerana emas permata..cintaku tulus suci" lalalalaaaa...
Tipula..klu x pandang rupa dulukan..baru tgk hati..mmg 90% orang akan judge a book by its cover dulu..before exploring the content..ehem..and why is that? kerana dr mata turun ke hati..benar..kerana aku juga begitu..huahuahua..comelnya dia..hensemnya dia..kemudian baru kenali hatinya..perangainya..kdg2 mcm unfair pula..yala..mcm kau tu cantekkk sgt sampai nak memilih yg hensem ja..yg comel ja..tapi hakikatnya semua org pun sama..even dlm movie pun..kan??
Well actually..walaupun paras rupa yg dilihat dahulu tapi isi hatinya juga yg paling penting..mcm beli roti..tin roti tu iklannya bagai nak rak..kemain lg hebat..tapi dalamnya..indah khabar dr rupa..so..hati2 menilai cinta..tak kisah la gemuk ka..kurus ka..cacat ka..cantik ka..atau hodoh ka..yg penting perangai baik..baru lengkap..kecantikan tu..itu sebenarnya cermin kecantikan diri manusia.
Paras rupa hanya pinjaman semata2..bila2 ja tuhan boleh tarik balik..jadi bersyukur dengan apa yang tuhan bagi dan jangan sesekali riak serta takbur.. hehe dan jangan tlampau memilih pasangan sgt..nanti yg dikendong x dapat..yg dikejar berciciran pula..
jentik minda~

Bangga jadi diri sendiri

Assalamualaikum

Zaman sekarang kita tidak boleh lari daripada dilabel oleh orang lain (bajet sempurna la tu nak mengata orang..hakttuiiiii :p ) pakai tu salah..pakai ni salah..buat tu salah..buat ni salah..tak buat apa2 lagi la salah..susahnya manusia..hidup zaman moden tapi perangai seumpamanya belum lagi bertamadun..pelik bukan..apatah lagi bila perempuan..semua la salah..semua nak dicakap oleh orang..melabel..melabel..huhuhu

Antara label2 yang dikategorikan agak kejam dihati..contohnya, bila pakai makeup sikit, orang cakap kita ni fake..tak tunjuk diri sebenar..bila kita cakap apa yang benar difikiran kita, orang cakap kita ni perempuan tak sedar diri..bila kita menangis, kita cengeng..drama queen. Bila kita ada kawan lelaki ramai2, kita perempuan murahan..bila kita memperjuangkan hak sendiri, kita banyak mulut. bila kita jadi diri sendiri, kita poyo, eksen, membangga2 diri..jadi macam mana lagi untuk puaskan hati orang? untuk tutup mulut orang? yang deritanya kita..fikir macamana supaya kita ni tidak menjadi bahan 'labelan' orang lain.kadang2 terfikir juga, apa hasil yang diorang dapat? dapat duit ka? kalau betul, mau jugakkk..haha

Sebenarnya, mudah saja..PERSETANKAN semua mulut2 yang mengata itu..kerana mulut2 itu tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka katakan untuk menjatuhkan orang lain..Kita akan selalu menemui kegagalan jika selalu mencari2 cara untuk puaskan hati semua orang..hati kita siapa mau puaskan? bukan mudah untuk puaskan hati semua orang, jadi kenapa perlu bersusah..biarkan saja mereka dengan duniawi mereka..yang penting apa yang kita lakukan tidak melebihi batasnya, tidak melanggar hukum dan ajaran agama..

SO, KEPADA SEMUA MANUSIA YANG SERING MELABEL ORANG LAIN, GO AHEAD AND LABEL US!! WE DON'T CARE ANYMORE CAUSE WE ARE DAMN PROUD OF OURSELVES :)

fikir dulu sebelum cakap..pandang diri sendiri atas bawah, sudah cukup perfect ka untuk mengata tentang orang lain..kejentikan kemindaan~

Kuasa seorang anak

Assalamualaikum..

Hari ini saya lepak dengan kawan2 saya di sebuah restoran...tidak fokus sangat dengan apa yang kami sedang bualkan..saya khusyuk memandang seorang kanak2 perempuan comel (mungkin berusia dalam 6 tahun) leka bermain2 anak patung sambil membebel2 minta order di meja sebelah bersama mamanya dan kakaknya...kecik2 tapi banyak cakap..mau saja saya cubit pipinya..

Mamanya kelihatan bingung melayan karenah kedua anaknya..minta itu la minta ini lah..dah order minta lagi yg lain..si kecil 6 tahun ni pula minta Maggi lagi..mamanya suda mula menunjukkan muka harimaunya..tiba2 satu kejadian yang sangat pantas berlaku..mamanya berubah wajah..dari bengis bertukar senyuman bahagia..ciuman sikecil dipipi mamanya secara spontan meredakan segalanya..besarnya kuasa seorang anak..bisa lembutkan hati ibunya yang marah..

Anak mempunyai kuasa yang sangat besar dan sangat memberikan impak kepada ibu bapanya...boleh buat mereka menangis..ketawa..tersenyum..bahagia..gembira..terkilan...namun ada diantara kita yang kurang sedar tentang hal sedemikian..perkara yang kita anggap remeh tapi sebenarnya sangat penting dan besar bagi mereka..kita selalu pentingkan diri sendiri daripada perasaan mereka..lupa segala pengorbanan mereka..astghfir..

Walaupun hanya mendapat tempat ke 5 atau hanya sekadar lulus..gembiranya si ibu..mungkin dimulutnya "belajar lagi banyak2..tengok anak si polan tu dapat no 3.." tapi percayalah dalam hati seorang ibu "Alhamdulillah..syukur lah lulus" dan kalau kita tak lulus sekalipun..ungkapan dimulutnya pasti pedas..marah2..tapi di hatinya "Ya Allah, ampunkan aku kerana tidak dapat mengajar anakku dengan baik." atau "Semoga masa akan datang akan dapat lebih baik"..

Dan walaupun hanya perkataan "Ah mama ni.." sudah cukup buat hati si ibu terluka..ingat..tidak cium bau syurga kiranya kamu menderhaka kepada ibu mu..seorang anak bisa melembutkan hati yang sedang marah..bisa menyakitkan hati yang sedang gembira..oleh itu, berhati2 bila bersama dengan kedua ibubapa..jaga perlakuan..tutur kata dan adab..

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu” (Luqman, 31: 14)

jentik minda anda

Rapuh terlalu Rapuh


Assalamualaikum

Katanya, wanita yang riang, gembira, banyak cakap adalah orang yang paling terer menyembunyikan rasa hati sebenarnya. Wanita yang nampak tabah, tak lut pada apa2 adalah orang yang paling sensitif, paling rapuh dalam hatinya. Mereka sukar untuk tunjukkan perasaan mereka pada orang lain. kenapa? kerana mereka lebih suka untuk menjaga hati orang lain daripada menjaga hati sendiri. walau hati mereka tergores oleh kata2 mereka tapi dia tetap tersenyum bagai tiada apa2.


Pernah dengar tidak kata2 :

Want to know a secret? She's dying. Every day, every hour, every minute, every second. A little by little. She has an unbreakable smile, but a broken heart. She acts strong, but she cries herself to sleep at night. She's losing the battle within, but no one notices it. And this secret, is killing her on the inside. But she pretends that everything is alright on the outside. She's dying on the inside...She's losing the fight...She's fighting to stay on the right side...She's trying to be alright...


ha ha ha..(tu bukan gelak okeyy) tapi selalunya itu la hakikatnya..jagalah hati dan perasaan orang lain. jangan hanya melihat dari luaran tapi lihatlah terus ke hatinya. :) kamu nda tau kan..hahahahaha (tu baru gelak)


#jentikanminda#

Duhai derita isteri kedua


Assalamualaikum :)

"Isteri kedua? kenapa perlu laki aku cari perempuan lain diluar? gatal sangat! yang perempuan ni pun satu..dah xda jantan lain nak..laki aku juga..hishhhhh!!!!"

Begitulah keluhan-keluhan yang kebanyakan isteri pertama lontarkan. Segala caci maki ditaburkan pada isteri kedua. Ya, siapa tak sayang laki oii..nak ke berkongsi kasih dengan orang lain? tak mungkin. Tapi kenapa tak bagi peluang pada isteri kedua untuk luahkan apa pulak yang dilaluinya..bukan salahnya mencintai seorang lelaki, bukan cita-citanya menjadi isteri yang kedua..sudah begitu qada dan qadar yang ditentukan oleh Allah SWT..dia juga tak mampu untuk menolaknya.

Sedarkah orang lain betapa deritanya menanggung perasaan menjadi yang kedua? terpaksa selalu beralah pada yang pertama..walau sakit hatinya, terpaksa senyum untuk menjaga hati suaminya..layanan sang suami manusia yang biasa pula tipu la kalau adil 100%..pasti ada lebih sikit dimana-mana..dan selalunya yang lebih tu pasti kearah isteri pertama..tapi isteri kedua langsung tidak kisah walau memang kadang-kadang terguris perasaannya. Menjadi isteri kedua, menguji banyak kesabaran dari segi mental dan fizikal.

Pernah terlintas tak difikiran, pilihan-pilihan yang sang suami terpaksa buat untuk cuba membahagiakan kedua-dua pihak. Pihak kedua pastinya selalu beralah. contohnya, ketika isteri kedua ingin menyambut hari ulangtahun perkahwinan, pasti dia mahu suami ada disisi..pada masa yang sama, anak isteri pertama sakit..kamu rasa yang mana satu pilihan si suami? jika kamu memilih untuk si suami berada disisi isteri kedua, namun tahukah kamu pilihan isteri kedua yang memahami dan sedar walaupun perit, dia tetap akan berkata dan tersenyum "pergilah abang..lain kali pun boleh celebrate." dan sebab itu suami lebih sayang isteri kedua bukan sebab isteri kedua masih bergetah tapi sebaliknya lebih memahami :)

itu hanya pendapat saya :) jangan marah ye..jentik minda sikit..